Friday, May 3, 2013

Perkara Yang Selalu Disebut Penyokong PAS


1.       1. Tun Mahathir gila kuasa kerana mejadi PM selama 22 tahun. Mereka lupa Nik Aziz menjadi MB selama 23 tahun (sehingga 2013). Maksudnya Nik Aziz lebih gila kuasa daripada Tun Mahathir

2.       2. PAS memperjuangkan Islam manakala UMNO memperjuangkan Kebangsaan.
     Adakah orang PAS tahu maksud “Melayu” dalam perlembagaan Malaysia? Melayu bermaksud
     1. Satu bangsa yang beragama Islam. 2. Satu bangsa yang bertutur dalam Bahasa Melayu. 3. Bangsa yang mengamalkan budaya Melayu. Maksudnya UMNO memperjuangkan Islam juga kerana untuk menjadi Melayu wajib Islam. Jika diikutkan dari maksud Melayu dalam perlembagaan ini maka mana-mana individu yang memeluk Islam, bercakap bahasa Melayu dan amalkan budaya Melayu, maka mereka secara teknikalnya adalah MELAYU.

3.       3. Pas mengatakan UMNO mengamalkan assobiyah kerana memperjuangkan MELAYU. Adakah pengikut-pengikut PAS tahu maksud sebenar assobiyah ataupun sekadar membenarkan kata-kata pemimpin-pemimpin mereka? Mari kita lihat maksud assobiyah. 

                Berikut adalah hadis yang menunjukkan penjelasan dari rasulullah saw.
Seorang Sahabat bertanyakan kepada Rasulullah saw, "apakah yang dimaksudkan dengan "Assobiyah itu ? Apakah kecintaannya seseorang terhadap bangsanya dikatakan assobiyah ?"  Rasulullah saw menjawab "Tidak! Yang dikatakan `assobiyah’ ialah apabila seseorang itu menolong kaumnya dalam melakukan kezaliman”.  (riwayat Abu Daud.)
Maka memperjuangkan Melayu bukanlah assobiyah. UMNO tidak membantu Melayu dalam membuat kezaliman tetapi membantu mereka untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain di Malaysia dengan dasar-dasar yang dijalankan kerajaan mengikut perlembagaan Malaysia.

4.     4.PAS menyatakan bahawa UMNO kafir kerana menolak HUDUD.

PETIKAN AMANAT HAJI HADI
“ Saudara-saudara sekelian percayalah,Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia   UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Percayalah saudara-saudara sekelian,Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'.”

Persoalannya

PAS sudah memerintah KELANTAN, pernah memerintah TERENGGANU, KEDAH dan PERAK, tetapi adakah sudah menjalankan HUDUD? Hudud sebenarnya bukan hanya peraturan mengenai jenayah tetapi juga segala peraturan yang lain.

Dr Maza dalam penulisan blognya mencatatkan:
“perkataan ‘hudud Allah’ dalam al-Quran tidaklah merujuk kepada undang-undang jenayah sebaliknya dalam Surah al-Baqarah ayat 187 merujuk kepada hukum-hakam puasa, Surah al-Baqarah ayat 229-230 merujuk kepada hukum-hakam talak, Surah an-Nisa ayat 13 tentang harta pusaka, Surah al-Mujadilah ayat 4 tentang hukum zihar, Surah at-Talaq ayat 1 tentang edah talak. Ertinya perkataan hudud dalam al-Quran secara peraturan Allah bukan hanya tertumpu kepada hukum jenayah sahaja.”
Maksudnya sebahagian besar HUDUD ini telah pun dijalankan oleh kerajaan di bawah UMNO untuk sekian lamanya kerana setiap negeri ada undang-undang syariahnya. Penerapan nilai-nilai Islam juga telah lama dilakukan dalam pentadbiran Negara, pendidikan, sosial dan juga bidang-bidang lain.

Dr Maza juga menyatakan bahawa:

“Maka, mereka yang enggan menerima perlaksanaan hudud itu ada tiga golongan;
Pertama, mereka yang membenci hudud itu sendiri dan menganggapnya zalim dan buruk. Maka golongan ini rosak akidahnya.
Kedua, mereka yang tidak menolak hudud tetapi menolak tafsiran perincian hudud yang dibuat oleh pihak tertentu. Ini kerana nas-nas hudud dalam al-Quran dan hadis umum, perinciannya adalah ijtihad ataupun tafsiran para pengkaji. Sebagai contoh, Prof Dr Hashim Kamali seorang sarjana muslim yang terkenal telah menulis mengkritik enakmen hudud Kelantan dan Terengganu. Sesiapa yang berminat boleh membaca tulisan beliau ‘Hukuman Dalam Undang-Undang Islam: Suatu Penelitian Terhadap Hukum Hudud Kelantan dan Terengganu”. Golongan ini tidak boleh dianggap mengkritik Islam sebaliknya mengkritik tafsiran pihak tertentu tentang hudud.
Golongan ketiga, mereka tidak menolak hudud tetapi menyatakan keadaan hari ini ataupun masyarakat yang sedang ada tidak kondusif untuk dilaksanakan hudud. Dalam ertikata lain, persekitaran yang memboleh hudud itu berfungsi dengan adil tidak wujud. Maka hudud mestilah ditangguhkan sehingga suasana yang sesuai itu muncul. Ini seperti kita menyatakan haji itu wajib tetapi oleh kerana kewangan tidak cukup, ataupun perjalanan tidak aman, maka hendaklah ditangguhkan. Jika hudud dilaksanakan juga ia tidak akan mencapai tujuan yang Allah kehendaki. Golongan ketiga tidak menolak hudud tetapi menyatakan bahawa dari segi maqasidnya ia tidak wajar dilaksanakan pada waktu ini sebelum suasana yang kondusif muncul.”

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan :

beliau selama ini hanya menolak hukum hudud yang diperjuangkan Pas dan tidak pernah sesekali menolak hukum syariah itu seperti terkandung dalam ajaran Islam.Menurutnya, ini kerana hukum hudud yang diperjuangkan parti pembangkang itu cenderung untuk berlaku tidak adil kepada masyarakat Islam di negara ini.Sebagai contoh katanya, di bawah 'hudud Pas', seseorang beragama Islam yang didapati bersalah mencuri akan dipotong tangan sementara bagi bukan Islam akan hanya dihukum penjara sekiranya didapati bersalah.

"Saya tak boleh sokong itu kerana tak kena dengan Islam. Kalau sesuatu itu tidak adil, ia tidak Islam. Islam tuntut supaya apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil.”

"Ini tidak adil, adakah orang Islam potong tangan, orang bukan Islam tak potong, masuk dua bulan penjara, itu tidak adil," katanya.

             PAS pula mengatakan:

hudud tidak boleh dilaksana sekalipun Kelantan dan Terengganu telah mempunyai Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu2003 kerana tidak dipersetujui Dr. Mahathir sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri.

Selain itu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti dipetik daripada lidah rasmi parti itu, HarakahDaily pada 1 Oktober 2011 berkata, Pas tidak memaksa orang bukan Islam untuk menerima hudud sama seperti mereka tidak dipaksa memeluk Islam.
(dipetik dari www.kelatekito.net)

             Blogger HTM dari www.mykhilafah.net pula mengatakan:

 Sebagaimana dijangkakan, isu hudud terus dimainkan oleh parti sekular UMNO di dalam usaha mereka menawan Kuala Terengganu di dalam pilihan raya kecil yang bakal berlangsung nanti. Nampaknya 'perangkap' yang dipasang oleh Khairy Jamaluddin dengan mengadakan debat dengan Husam Musa telah mengena. Maka, hudud kini menjadi senjata utama kelompok sekular UMNO di dalam usaha mereka mempertahankan lagi sistem sekular yang mereka terapkan selama ini. Alangkah beraninya mereka mempermainkan hukum Allah dengan cubaan memperdebatkan isu ini, bukannya berusaha untuk menerapkannya, walhal mereka adalah golongan yang memerintah, yang mana di bahu merekalah terletaknya kewajiban untuk menerapkan hududullah.
Ini dari satu pihak. Di pihak yang lain, pembangkang kini dilihat tersepit dengan perangkap yang dipasang geng sekular UMNO, sehingga banyak kenyataan terpaksa dikeluarkan oleh mereka untuk 'menentang' propaganda jahat UMNO di dalam mempermainkan isu ini.  Sedikit sebanyak, pakatan pembangkang yang merangkumi parti kafir DAP terpaksa membuat keputusan di dalam usaha kompromi mereka. Jumlah 11% pengundi kafir yang ada di Kuala Terengganu mesti diambil kira, selain 'hubungan mesra' sesama pakatan yang mesti dijaga. Inilah masalah yang melanda apabila berpakat atau kompromi dengan kelompok kufur dan sekular. Maka perjuangan dan hukum Allah juga turut menjadi bahan kompromi.
Setelah diasak dari segenap penjuru oleh parti sekular pemerintah, maka keluarlah kenyataan yang amat menghiris hati umat Islam lainnya apabila hudud dikatakan bukanlah menjadi keutamaan pembangkang. Luka pedih di hati terus berdarah apabila hudud dikatakan pula hanya untuk orang Islam dan tidak terkena kepada orang kafir. Semua kenyataan ini timbul apabila hukum Allah itu ingin dilaksanakan tertakluk kepada syarat bahawa ia 'mesti difahami dan diterima' oleh orang kafir terlebih dahulu. Apabila hati orang kafir dijaga lebih dari menjaga hukum Allah, maka terkebelakanglah hukum Allah dan hati orang kafir menjadi keutamaan. Alasan 'maslahat' biasanya diberikan, walhal tidak akan pernah ada maslahat apabila hukum Allah dipinggirkan.
Sesungguhnya pelaksanaan hukum Allah ke atas umat manusia tidak ada kompromi sedikit pun. Ia wajib dan wajiblah adanya sampai bila pun dan di mana pun.

Lagi Pandangan Tun Dr Mahathir mengenai HUDUD

"Secara terbuka dia (PAS) buat kenyataan kata orang Islam sahaja yang akan kena (hukum hudud), orang bukan Islam tak kena...kerana takut orang bukan Islam marah dan tak undi mereka."
"Bila hukum, hukumlah dengan adil. Yang ditekankan dalam Al-Quran berkali-kali, adalah jangan kita zalim. Jadi bila hukum disebabkan kepentingan politik, duniawi, itu bukan Islam. Sebab itu kita tolak hukum mereka, kita pegang hukum Allah,"
"Saya hendak tahu hudud yang dikenakan oleh orang Islam dan bukan Islam itu sebagai adil seperti yang dikehendaki oleh agama Islam.”
"Terdapat 43 ayat dalam Al-Quran iaitu kalau mahu hukum, hukumlah dengan adil dan tidak adil itu bertentangan dengan ajaran Islam,"
"Hukum orang Islam potong tangan manakala bukan Islam dikenakan penjara dua bulan akibat kesalahan mencuri.”
                "Itu dilihat tidak adil dan bertentangan dengan agama Islam,"

Lagi Pandangan Haji Hadi Awang mengenai HUDUD (transkrip dari video temeuramah)

Disana ada beza Adil Untuk Semua dengan Hak Untuk Semua. Hak bukan Islam ini, hak dia untuk mengizinkan perkara yang dibenarkan oleh agama dia.

Contohnya Hukum Hudud yang berkait dengan arak. Orang minum arak kena hukum, itu Hukum Hudud. Kita tak boleh hukum orang bukan Islam sebab dia dibenarkan oleh agama dia.
Bahkan diKelantan kita benarkan penjualan arak bagi orang bukan Islam,
0:48 - ( Suara Mustafa Ali / Mat sabu -  Mahathir bukan reti bab ni, Mahathir bukan tahu ... )  Dia cakap pasal perubatan sudahlah hahaha ....
“Pluralisme itu merupakan kehidupan manusia yang kita tidak boleh paksa dan kita tegas dengan agama kita sendiri kerana ALLAH TAALA membawa dua pendekatan. Pertama, tiada agama yang ALLAH terima melainkan Islam.
 “Yang kedua, tiada paksaan dalam agama dan sebab itu dalam negara Islam diizinkan bukan Islam jadi rakyat,”
“Bahkan kita kemukakan Undang-Undang Jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu di mana kita buat kelonggaran yang diizinkan Islam, dengan orang bukan Islam boleh pilih mana undang-undang yang dia mahu,”
“Hudud hanya 0.0001 % daripada hukum Islam.”

                RUMUSAN
         
1.       Hukum HUDUD bukan sekadar hukum yang berkenaan dengan jenayah tetapi hukum yang meliputi semua bidang kehidupan. Banyak telah pun dilaksanakan di Malaysia
2.       Hukum HUDUD melibatkan semua orang apabila dilaksanakan samada Islam atau tidak.
3.       Tun Dr Mahathir tidak menentang HUDUD secara total cuma menentang hudud yang dirangka PAS.
4.       Haji Hadi berdolak-dalik dalam cara perlaksanaan hudud dan menyalahkan UMNO kerana kegagalannya melaksanakan hudud
5.       Perlu ummat Islam dalam keadaan stabil dan kuat untuk melaksanakan Hudud. Adalah lebih baik kiranya UMNO dan PAS bersatu untuk menguatkan Melayu dan Islam sebelum hudud dilaksanakan sepenuhnya. Kerajaan Islam yang kuat dalam semua bidang pasti akan mampu untuk menyerap tentangan dari puak bukan Islam.


No comments: