Saturday, May 18, 2013

Apa Sudah Jadi?

   2 hari selepas PRU 13, 2 orang anak saya balik dari KAFA dan bertanya: " Ayah betul ker BN maksud dia B**I NAJIB?" "ada kawan kata BN pun maksud dia BUNUH NAJIB dan BURUNG NAJIB" Itulah soalan yang ditanyakan oleh 2 orang anak yang masih kecil. Seorang berumur 9 tahun dan seorang lagi berumur 8 tahun. Saya teringat sehari sebelum PRU 13 mereka pulang ke rumah dan berkata " ayah, mama, ustaz dan ustazah pesan supaya ayah dan mama undi parti yang memperjuangkan Islam" saya terdiam memikirkan pesanan tersebut dan bertanya kepada isteri: " parti mana memperjuangkan Islam?" dengan tersenyum kepada isteri kerana saya tahu jawapan yang akan diberikan oleh isteri kerana pada hari penamaan calon kami sekeluarga nampak ustaz dan ustazah anak-anak mengiringi calon PAS ke pusat pencalonan.

  Apa yang menjadi persoalan di minda saya ialah kenapa pelajar-pelajar yang sebaya dengan anak-anak saya pandai bercakap soal politik dan menggunakan kata-kata biadap dan kotor. Kalau nak dikatakan budak-budak ini mereka ciptanya sendiri rasanya pada usia mereka masih belum mampu mencipta makna kepada ringkasan BN tersebut. Dan saya teringat akan kata-kata Nabi Muhammad SAW yang mengatakan anak-anak dilahirkan umpama sehelai kain putih dimana ibubapa merekalah yang akan bertanggungjawab mewarnakannya menjadi yahudi atau nasrani. Kalau ini senarionya maka budak-budak kecil tersebut pasti pernah terdengar ibu bapa, ataupun mana-mana orang yang lebih tua yang sudah boleh berfikir sendiri menyebut perkataan-perkataan biadap dan kotor itu lantas mengikutnya. Kenapa pula manusia-manusia yang lebih berakal tersebut tidak melarang kanak-kanak kecil tersebut dari menyebut perkataan-perkataan tersebut? kalau benar mereka berjuang kerana Islam sudahkah mereka lupa bahawa memanggil manusia dengan nama yang buruk boleh jatuh FASIQ? Inikah imej Islam yang nak ditonjolkan? Nabi Muhammad SAW adalah manusia yang paling baik akhlaknya dari segi perbuatan dan percakapannya. Dan ramai orang-orang kafir masuk Islam disebabkan akhlak nabi.
      Ambillah iktibar dari hadis-hadis dan ayat-ayat Quran mengenai batas percakapan dan tindakan kita. Gunakanllah akal fikiran yang rasional dalam menjadi benteng perlakuan dan percakapan kita. Agar menjadi pejuang Islam sebenar.

     
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Mencaci dan memaki orang-orang Islam adalah fasik dan memerangi mereka adalah kafir 


Allah SWT berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِينَ
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.
(QS. al-Hujurat: 6)
 

No comments: