2 hari selepas PRU 13, 2 orang anak saya balik dari KAFA dan bertanya: " Ayah betul ker BN maksud dia B**I NAJIB?" "ada kawan kata BN pun maksud dia BUNUH NAJIB dan BURUNG NAJIB" Itulah soalan yang ditanyakan oleh 2 orang anak yang masih kecil. Seorang berumur 9 tahun dan seorang lagi berumur 8 tahun. Saya teringat sehari sebelum PRU 13 mereka pulang ke rumah dan berkata " ayah, mama, ustaz dan ustazah pesan supaya ayah dan mama undi parti yang memperjuangkan Islam" saya terdiam memikirkan pesanan tersebut dan bertanya kepada isteri: " parti mana memperjuangkan Islam?" dengan tersenyum kepada isteri kerana saya tahu jawapan yang akan diberikan oleh isteri kerana pada hari penamaan calon kami sekeluarga nampak ustaz dan ustazah anak-anak mengiringi calon PAS ke pusat pencalonan.
Apa yang menjadi persoalan di minda saya ialah kenapa pelajar-pelajar yang sebaya dengan anak-anak saya pandai bercakap soal politik dan menggunakan kata-kata biadap dan kotor. Kalau nak dikatakan budak-budak ini mereka ciptanya sendiri rasanya pada usia mereka masih belum mampu mencipta makna kepada ringkasan BN tersebut. Dan saya teringat akan kata-kata Nabi Muhammad SAW yang mengatakan anak-anak dilahirkan umpama sehelai kain putih dimana ibubapa merekalah yang akan bertanggungjawab mewarnakannya menjadi yahudi atau nasrani. Kalau ini senarionya maka budak-budak kecil tersebut pasti pernah terdengar ibu bapa, ataupun mana-mana orang yang lebih tua yang sudah boleh berfikir sendiri menyebut perkataan-perkataan biadap dan kotor itu lantas mengikutnya. Kenapa pula manusia-manusia yang lebih berakal tersebut tidak melarang kanak-kanak kecil tersebut dari menyebut perkataan-perkataan tersebut? kalau benar mereka berjuang kerana Islam sudahkah mereka lupa bahawa memanggil manusia dengan nama yang buruk boleh jatuh FASIQ? Inikah imej Islam yang nak ditonjolkan? Nabi Muhammad SAW adalah manusia yang paling baik akhlaknya dari segi perbuatan dan percakapannya. Dan ramai orang-orang kafir masuk Islam disebabkan akhlak nabi.
Ambillah iktibar dari hadis-hadis dan ayat-ayat Quran mengenai batas percakapan dan tindakan kita. Gunakanllah akal fikiran yang rasional dalam menjadi benteng perlakuan dan percakapan kita. Agar menjadi pejuang Islam sebenar.
Diriwayatkan
daripada Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Rasulullah
s.a.w bersabda: Mencaci dan memaki orang-orang Islam adalah fasik dan memerangi
mereka adalah kafir
Allah SWT berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَإٍ فَتَبَيَّنُوا
أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَىٰ مَا فَعَلْتُمْ
نَادِمِينَ
Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu
berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah
kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal
atas perbuatanmu itu.
(QS. al-Hujurat: 6)
Saturday, May 18, 2013
Friday, May 3, 2013
Perkara Yang Selalu Disebut Penyokong PAS
1.
1. Tun Mahathir gila kuasa kerana mejadi PM selama
22 tahun. Mereka lupa Nik Aziz menjadi MB selama 23 tahun (sehingga 2013). Maksudnya
Nik Aziz lebih gila kuasa daripada Tun Mahathir
2.
2. PAS memperjuangkan Islam manakala UMNO
memperjuangkan Kebangsaan.
Adakah orang PAS tahu maksud “Melayu” dalam
perlembagaan Malaysia? Melayu bermaksud
1. Satu bangsa yang beragama Islam. 2.
Satu bangsa yang bertutur dalam Bahasa Melayu. 3. Bangsa yang mengamalkan
budaya Melayu. Maksudnya UMNO memperjuangkan Islam juga kerana untuk menjadi
Melayu wajib Islam. Jika diikutkan dari maksud Melayu dalam perlembagaan ini
maka mana-mana individu yang memeluk Islam, bercakap bahasa Melayu dan amalkan
budaya Melayu, maka mereka secara teknikalnya adalah MELAYU.
3.
3. Pas mengatakan UMNO mengamalkan assobiyah kerana
memperjuangkan MELAYU. Adakah pengikut-pengikut PAS tahu maksud sebenar
assobiyah ataupun sekadar membenarkan kata-kata pemimpin-pemimpin mereka? Mari
kita lihat maksud assobiyah.
Berikut
adalah hadis yang menunjukkan penjelasan dari rasulullah saw.
Seorang Sahabat bertanyakan
kepada Rasulullah saw, "apakah yang dimaksudkan dengan "Assobiyah itu
? Apakah kecintaannya seseorang terhadap bangsanya dikatakan assobiyah ?" Rasulullah saw menjawab "Tidak! Yang
dikatakan `assobiyah’ ialah apabila seseorang itu menolong kaumnya dalam
melakukan kezaliman”. (riwayat Abu Daud.)
Maka memperjuangkan Melayu
bukanlah assobiyah. UMNO tidak membantu Melayu dalam membuat kezaliman tetapi
membantu mereka untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan
bangsa-bangsa lain di Malaysia dengan dasar-dasar yang dijalankan kerajaan
mengikut perlembagaan Malaysia.
4. 4.PAS menyatakan bahawa UMNO kafir kerana menolak
HUDUD.
PETIKAN AMANAT HAJI HADI
“ Saudara-saudara
sekelian percayalah,Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan
kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia
mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan
peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh
kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan
mereka.
Percayalah saudara-saudara
sekelian,Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita
adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini
kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati
kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu,
Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik
suku, agama suku'.”
Persoalannya
PAS sudah memerintah KELANTAN, pernah memerintah TERENGGANU, KEDAH dan
PERAK, tetapi adakah sudah menjalankan HUDUD? Hudud sebenarnya bukan hanya
peraturan mengenai jenayah tetapi juga segala peraturan yang lain.
Dr Maza dalam penulisan blognya mencatatkan:
“perkataan ‘hudud Allah’ dalam
al-Quran tidaklah merujuk kepada undang-undang jenayah sebaliknya dalam Surah
al-Baqarah ayat 187 merujuk kepada hukum-hakam puasa, Surah al-Baqarah ayat
229-230 merujuk kepada hukum-hakam talak, Surah an-Nisa ayat 13 tentang harta
pusaka, Surah al-Mujadilah ayat 4 tentang hukum zihar, Surah at-Talaq ayat 1
tentang edah talak. Ertinya perkataan hudud dalam al-Quran secara peraturan
Allah bukan hanya tertumpu kepada hukum jenayah sahaja.”
Maksudnya sebahagian besar HUDUD
ini telah pun dijalankan oleh kerajaan di bawah UMNO untuk sekian lamanya
kerana setiap negeri ada undang-undang syariahnya. Penerapan nilai-nilai Islam
juga telah lama dilakukan dalam pentadbiran Negara, pendidikan, sosial dan juga
bidang-bidang lain.
Dr Maza juga menyatakan bahawa:
“Maka, mereka yang enggan
menerima perlaksanaan hudud itu ada tiga golongan;
Pertama, mereka yang membenci hudud itu sendiri dan menganggapnya
zalim dan buruk. Maka golongan ini rosak akidahnya.
Kedua, mereka yang tidak menolak hudud tetapi menolak tafsiran
perincian hudud yang dibuat oleh pihak tertentu. Ini kerana nas-nas hudud dalam
al-Quran dan hadis umum, perinciannya adalah ijtihad ataupun tafsiran para
pengkaji. Sebagai contoh, Prof Dr Hashim Kamali seorang sarjana muslim yang
terkenal telah menulis mengkritik enakmen hudud Kelantan dan Terengganu.
Sesiapa yang berminat boleh membaca tulisan beliau ‘Hukuman Dalam Undang-Undang
Islam: Suatu Penelitian Terhadap Hukum Hudud Kelantan dan Terengganu”. Golongan
ini tidak boleh dianggap mengkritik Islam sebaliknya mengkritik tafsiran pihak
tertentu tentang hudud.
Golongan ketiga, mereka tidak menolak hudud tetapi menyatakan
keadaan hari ini ataupun masyarakat yang sedang ada tidak kondusif untuk
dilaksanakan hudud. Dalam ertikata lain, persekitaran yang memboleh hudud itu
berfungsi dengan adil tidak wujud. Maka hudud mestilah ditangguhkan sehingga
suasana yang sesuai itu muncul. Ini seperti kita menyatakan haji itu wajib
tetapi oleh kerana kewangan tidak cukup, ataupun perjalanan tidak aman, maka
hendaklah ditangguhkan. Jika hudud dilaksanakan juga ia tidak akan mencapai
tujuan yang Allah kehendaki. Golongan ketiga tidak menolak hudud tetapi menyatakan
bahawa dari segi maqasidnya ia tidak wajar dilaksanakan pada waktu ini sebelum
suasana yang kondusif muncul.”
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menegaskan :
beliau selama ini hanya menolak
hukum hudud yang diperjuangkan Pas dan tidak pernah sesekali menolak hukum
syariah itu seperti terkandung dalam ajaran Islam.Menurutnya, ini kerana hukum
hudud yang diperjuangkan parti pembangkang itu cenderung untuk berlaku tidak
adil kepada masyarakat Islam di negara ini.Sebagai contoh katanya, di bawah
'hudud Pas', seseorang beragama Islam yang didapati bersalah mencuri akan
dipotong tangan sementara bagi bukan Islam akan hanya dihukum penjara sekiranya
didapati bersalah.
"Saya tak boleh sokong itu
kerana tak kena dengan Islam. Kalau sesuatu itu tidak adil, ia tidak Islam.
Islam tuntut supaya apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil.”
"Ini tidak adil, adakah
orang Islam potong tangan, orang bukan Islam tak potong, masuk dua bulan
penjara, itu tidak adil," katanya.
PAS pula mengatakan:
hudud tidak boleh dilaksana
sekalipun Kelantan dan Terengganu telah mempunyai Enakmen Jenayah Syariah II
Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu2003 kerana tidak
dipersetujui Dr. Mahathir sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri.
Selain itu Presiden Pas, Datuk
Seri Abdul Hadi Awang seperti dipetik daripada lidah rasmi parti itu,
HarakahDaily pada 1 Oktober 2011 berkata, Pas tidak memaksa orang bukan Islam untuk
menerima hudud sama seperti mereka tidak dipaksa memeluk Islam.
(dipetik dari www.kelatekito.net)
Blogger HTM dari www.mykhilafah.net pula mengatakan:
Sebagaimana dijangkakan, isu
hudud terus dimainkan oleh parti sekular UMNO di dalam usaha mereka menawan
Kuala Terengganu di dalam pilihan raya kecil yang bakal berlangsung nanti.
Nampaknya 'perangkap' yang dipasang oleh Khairy Jamaluddin dengan mengadakan
debat dengan Husam Musa telah mengena. Maka, hudud kini menjadi senjata utama
kelompok sekular UMNO di dalam usaha mereka mempertahankan lagi sistem sekular
yang mereka terapkan selama ini. Alangkah beraninya mereka mempermainkan hukum
Allah dengan cubaan memperdebatkan isu ini, bukannya berusaha untuk
menerapkannya, walhal mereka adalah golongan yang memerintah, yang mana di bahu
merekalah terletaknya kewajiban untuk menerapkan hududullah.
Ini dari satu pihak. Di pihak
yang lain, pembangkang kini dilihat tersepit dengan perangkap yang dipasang
geng sekular UMNO, sehingga banyak kenyataan terpaksa dikeluarkan oleh mereka
untuk 'menentang' propaganda jahat UMNO di dalam mempermainkan isu ini. Sedikit sebanyak, pakatan pembangkang yang
merangkumi parti kafir DAP terpaksa membuat keputusan di dalam usaha kompromi
mereka. Jumlah 11% pengundi kafir yang ada di Kuala Terengganu mesti diambil
kira, selain 'hubungan mesra' sesama pakatan yang mesti dijaga. Inilah masalah
yang melanda apabila berpakat atau kompromi dengan kelompok kufur dan sekular.
Maka perjuangan dan hukum Allah juga turut menjadi bahan kompromi.
Setelah diasak dari segenap
penjuru oleh parti sekular pemerintah, maka keluarlah kenyataan yang amat
menghiris hati umat Islam lainnya apabila hudud dikatakan bukanlah menjadi
keutamaan pembangkang. Luka pedih di hati terus berdarah apabila hudud
dikatakan pula hanya untuk orang Islam dan tidak terkena kepada orang kafir.
Semua kenyataan ini timbul apabila hukum Allah itu ingin dilaksanakan tertakluk
kepada syarat bahawa ia 'mesti difahami dan diterima' oleh orang kafir terlebih
dahulu. Apabila hati orang kafir dijaga lebih dari menjaga hukum Allah, maka
terkebelakanglah hukum Allah dan hati orang kafir menjadi keutamaan. Alasan
'maslahat' biasanya diberikan, walhal tidak akan pernah ada maslahat apabila
hukum Allah dipinggirkan.
Sesungguhnya pelaksanaan hukum
Allah ke atas umat manusia tidak ada kompromi sedikit pun. Ia wajib dan
wajiblah adanya sampai bila pun dan di mana pun.
Lagi Pandangan Tun Dr Mahathir mengenai HUDUD
"Secara terbuka dia (PAS) buat
kenyataan kata orang Islam sahaja yang akan kena (hukum hudud), orang bukan
Islam tak kena...kerana takut orang bukan Islam marah dan tak undi
mereka."
"Bila hukum, hukumlah dengan
adil. Yang ditekankan dalam Al-Quran berkali-kali, adalah jangan kita zalim.
Jadi bila hukum disebabkan kepentingan politik, duniawi, itu bukan Islam. Sebab
itu kita tolak hukum mereka, kita pegang hukum Allah,"
"Saya hendak tahu hudud yang
dikenakan oleh orang Islam dan bukan Islam itu sebagai adil seperti yang
dikehendaki oleh agama Islam.”
"Terdapat
43 ayat dalam Al-Quran iaitu kalau mahu hukum, hukumlah dengan adil dan tidak
adil itu bertentangan dengan ajaran Islam,"
"Hukum
orang Islam potong tangan manakala bukan Islam dikenakan penjara dua bulan
akibat kesalahan mencuri.”
"Itu dilihat tidak adil dan
bertentangan dengan agama Islam,"
Lagi Pandangan Haji Hadi Awang mengenai HUDUD (transkrip dari video
temeuramah)
Disana ada beza Adil Untuk Semua
dengan Hak Untuk Semua. Hak bukan Islam ini, hak dia untuk mengizinkan perkara
yang dibenarkan oleh agama dia.
Contohnya Hukum Hudud yang
berkait dengan arak. Orang minum arak kena hukum, itu Hukum Hudud. Kita tak
boleh hukum orang bukan Islam sebab dia dibenarkan oleh agama dia.
Bahkan diKelantan kita benarkan
penjualan arak bagi orang bukan Islam,
0:48 - ( Suara Mustafa Ali / Mat
sabu - Mahathir bukan reti bab ni,
Mahathir bukan tahu ... ) Dia cakap
pasal perubatan sudahlah hahaha ....
“Pluralisme itu merupakan
kehidupan manusia yang kita tidak boleh paksa dan kita tegas dengan agama kita
sendiri kerana ALLAH TAALA membawa dua pendekatan. Pertama, tiada agama yang
ALLAH terima melainkan Islam.
“Yang kedua, tiada paksaan dalam agama dan
sebab itu dalam negara Islam diizinkan bukan Islam jadi rakyat,”
“Bahkan kita kemukakan
Undang-Undang Jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu di mana kita buat
kelonggaran yang diizinkan Islam, dengan orang bukan Islam boleh pilih mana
undang-undang yang dia mahu,”
“Hudud hanya 0.0001 % daripada
hukum Islam.”
RUMUSAN
1.
Hukum HUDUD bukan sekadar hukum yang berkenaan
dengan jenayah tetapi hukum yang meliputi semua bidang kehidupan. Banyak telah
pun dilaksanakan di Malaysia
2.
Hukum HUDUD melibatkan semua orang apabila
dilaksanakan samada Islam atau tidak.
3.
Tun Dr Mahathir tidak menentang HUDUD secara
total cuma menentang hudud yang dirangka PAS.
4.
Haji Hadi berdolak-dalik dalam cara perlaksanaan
hudud dan menyalahkan UMNO kerana kegagalannya melaksanakan hudud
5.
Perlu ummat Islam dalam keadaan stabil dan kuat
untuk melaksanakan Hudud. Adalah lebih baik kiranya UMNO dan PAS bersatu untuk
menguatkan Melayu dan Islam sebelum hudud dilaksanakan sepenuhnya. Kerajaan
Islam yang kuat dalam semua bidang pasti akan mampu untuk menyerap tentangan
dari puak bukan Islam.
Sunday, May 29, 2011
Asas Pergeseran antara Islam
Permasalahan yang di hadapi antara ummat Islam di Malaysia yang sentiasa dalam pergeseran meminta satu pengkajian mendalam untuk mencari puncanya. Sekian lama nampaknya pelbagai pihak cuba memprovokasikan puak-puak Islam di Malaysia untuk berkelahi antara satu sama lain. Seolah-olah dikalangan puak-puak Islam di Malaysia ini tiada satu titik pertemuan yang sama untuk dijadikan asas perpaduan dan kita tahu tanpa perpaduan Islam tidak mampu bertahan lama di Malaysia. Yang menghairankan kita kenapa ada golongan Islam yang boleh pula bersekutu dengan golongan bukan Islam yang jelas-jelas menentang Islam. Ini menambahkan kehairanan kita ke tahap maksima. Persoaannya mengapa?
Dalam tempoh "mendiamkan diri" yang lama disebabkan terpana dengan fenomena yang sedang berlaku di Malaysia, penulis telah membuat kajian tentang pergolakkan yang berlaku antara dunia Islam dan bukan Islam yang telahpun wujud sejak sekian lama. Dari kajian ini, penulis mendapati apa yang berlaku di Malaysia ini sebenarnya telah berlaku di zaman empayar Islam lagi. Penulis yakin apa yang berlaku di Malaysia adalah sama dengan apa yang berlaku di zaman Khalifah Uthmaniah dahulu bahkan jauh sebelum itu lagi. Istilah-istilah seperti freemasonry, kristianisasi dan orientalisme sentiasa muncul dalam pergolakkan yang berlaku di negara-negara Islam. Penulis juga mendapati apa yang sedang berlaku sekarang ini di negara-negara Arab contohnya Mesir adalah sama dengan apa yang berlaku di Turki dahulu ketika kejatuhan Kahalifah Uthmaniah. Rupa-rupanya, golongan-golongan bukan Islam tidak mampu mengalahkan kerajaan Islam dengan secara berdepan ataupun di medan peperangan semenjak peperangan Salib dahulu lagi. Jadi golongan ini telah membuat ketetapan untuk menjatuhkan kerajaan Islam dengan melatih orang-orang Islam sendiri menjadi musuh dalam selimut. Idea-idea kolonisasi negara-negara Islam disebarkan dengan meluas secara rahsia dalam gerakan freemasonry, penyesatan doktrin Islam oleh pengkajian orientalis dan proses menjauhkan orang Islam dari Allah oleh gerakan kristianisasi
Dalam tempoh "mendiamkan diri" yang lama disebabkan terpana dengan fenomena yang sedang berlaku di Malaysia, penulis telah membuat kajian tentang pergolakkan yang berlaku antara dunia Islam dan bukan Islam yang telahpun wujud sejak sekian lama. Dari kajian ini, penulis mendapati apa yang berlaku di Malaysia ini sebenarnya telah berlaku di zaman empayar Islam lagi. Penulis yakin apa yang berlaku di Malaysia adalah sama dengan apa yang berlaku di zaman Khalifah Uthmaniah dahulu bahkan jauh sebelum itu lagi. Istilah-istilah seperti freemasonry, kristianisasi dan orientalisme sentiasa muncul dalam pergolakkan yang berlaku di negara-negara Islam. Penulis juga mendapati apa yang sedang berlaku sekarang ini di negara-negara Arab contohnya Mesir adalah sama dengan apa yang berlaku di Turki dahulu ketika kejatuhan Kahalifah Uthmaniah. Rupa-rupanya, golongan-golongan bukan Islam tidak mampu mengalahkan kerajaan Islam dengan secara berdepan ataupun di medan peperangan semenjak peperangan Salib dahulu lagi. Jadi golongan ini telah membuat ketetapan untuk menjatuhkan kerajaan Islam dengan melatih orang-orang Islam sendiri menjadi musuh dalam selimut. Idea-idea kolonisasi negara-negara Islam disebarkan dengan meluas secara rahsia dalam gerakan freemasonry, penyesatan doktrin Islam oleh pengkajian orientalis dan proses menjauhkan orang Islam dari Allah oleh gerakan kristianisasi
Friday, December 10, 2010
SPRM tahan 719 orang awam
Utusan Malaysia hari ini melaporkan jumlah tangkapan orang awam disebabkan penglibatan mereka dengan rasuah. Bagus. Walau bagaimanapun adalah diharapkan SPRM akan meningkatkan lagi usaha mereka dalam membenteras rasuah dan segala yang berkait dengannya demi meningkatkan integriti perkhidmatan awam dan juga negara. Mungkin SPRM mesti melakukan pemantauan ke atas semua jabatan-jabatan kerajaan yang terdedah kepada rasuah bukan sahaja memberi penekanan kepada penguatkuasa undang-undang yang terdedah kepada sogokan.
Penekanan kepada penyalahgunaan kuasa dan peruntukan juga harus disiasat kerana ianya boleh berlaku di semua jabatan-jabatan kerajaan seperti pejabat tanah, jabatan masyarakat, jabatan pendidikan dan sebagainya. Harus diingat bahawa jabatan-jabatan awam ini merupakan kaki dan tangan kerajaan yang menjalankan dasar kerajaan. Jika tiada integriti di jabatan-jabatan, maka rakyat akan memandang serong kepada dasar kerajaan walaupun sebagus manapun dasar itu.
Penekanan kepada penyalahgunaan kuasa dan peruntukan juga harus disiasat kerana ianya boleh berlaku di semua jabatan-jabatan kerajaan seperti pejabat tanah, jabatan masyarakat, jabatan pendidikan dan sebagainya. Harus diingat bahawa jabatan-jabatan awam ini merupakan kaki dan tangan kerajaan yang menjalankan dasar kerajaan. Jika tiada integriti di jabatan-jabatan, maka rakyat akan memandang serong kepada dasar kerajaan walaupun sebagus manapun dasar itu.
Saturday, October 23, 2010
Harapkan Bukan Sekadar Rhetorik
Perhimpunan Agung UMNO kali ini nampak tegas dengan ucapan-ucapan berapi dari pemidato-pemidato yang nampaknya sangat bersemangat mempertahankan Islam dan bangsa Melayu. Dari DS Najib hinggalah ke KJ. Apa yang diharapkan ialah supaya cakap-cakap mereka ini dikotakan dalam bentuk perbuatan yang konkrit dan bukan sekadar halwa telinga untuk menenangkan hati orang-orang Melayu Islam di Malaysia ini yang semakin dihimpit oleh kaum-kaum lain.
Kajian kebolehpercayaan yang dilakukan tidak lama dulu(lupa agensi yang menjalankannya) menunjukkan bahawa kebolehpercayaan ahli politik berada pada tahap yang paling rendah. Pepatah Inggeris menyatakan "talk the walk, walk the talk". Maka jika kata-kata pemimpin UMNO di PAU kali ini direalisasikan, mungkin nasib Melayu Islam akan terjamin di bumi mereka sendiri.
Walau bagaimanapun, membaca ucapan yang disampaikan KP UMNO, KJ, banyak kegusaran timbul kerana ada beberapa pernyataan yang pada pandangan peribadi saya, seolah-olah masih menyalahkan Melayu Islam dalam masalah integrasi di Malaysia. Ucapannya itu seolah-olah Melayu Islamlah yang bertanggungjawab dengan kewujudan sekolah-sekolah jenis kebangsaan. Jika ini datang dari KP UMNO sendiri maka beliau perlu belajar sejarah Malaysia semula dan menilai dengan rasional siapakah yang sebenarnya berkeras mewujudkan sekolah jenis kebangsaan dan siapakah yang sebenarnya tidak mahu bersatu padu. Mungkin KJ bukan hasil pendidikan Malaysia tetapi pendidikan luar negara, maka mungkin sedikit rasa simpati di hatinya kepada Melayu Islam yang merupakan rakyat jati Malaysia.
Amatlah diharapkan UMNO tidak menjadi parti elitist yang renggang hubungannya dengan rakyat biasa yang hidup dalam kesusahan dan ketidaktentuan disebabkan arus politik yang semakin banyak berubah. Satu kaedah perlu di cari untuk menyedarkan minda orang-orang Melayu Islam yang sebenarnya masih jauh kebelakang berbanding dengan kaum-kaum lain. Nasib pribumi Malaysia yang lain juga jangan sesekali dilupakan.
Kajian kebolehpercayaan yang dilakukan tidak lama dulu(lupa agensi yang menjalankannya) menunjukkan bahawa kebolehpercayaan ahli politik berada pada tahap yang paling rendah. Pepatah Inggeris menyatakan "talk the walk, walk the talk". Maka jika kata-kata pemimpin UMNO di PAU kali ini direalisasikan, mungkin nasib Melayu Islam akan terjamin di bumi mereka sendiri.
Walau bagaimanapun, membaca ucapan yang disampaikan KP UMNO, KJ, banyak kegusaran timbul kerana ada beberapa pernyataan yang pada pandangan peribadi saya, seolah-olah masih menyalahkan Melayu Islam dalam masalah integrasi di Malaysia. Ucapannya itu seolah-olah Melayu Islamlah yang bertanggungjawab dengan kewujudan sekolah-sekolah jenis kebangsaan. Jika ini datang dari KP UMNO sendiri maka beliau perlu belajar sejarah Malaysia semula dan menilai dengan rasional siapakah yang sebenarnya berkeras mewujudkan sekolah jenis kebangsaan dan siapakah yang sebenarnya tidak mahu bersatu padu. Mungkin KJ bukan hasil pendidikan Malaysia tetapi pendidikan luar negara, maka mungkin sedikit rasa simpati di hatinya kepada Melayu Islam yang merupakan rakyat jati Malaysia.
Amatlah diharapkan UMNO tidak menjadi parti elitist yang renggang hubungannya dengan rakyat biasa yang hidup dalam kesusahan dan ketidaktentuan disebabkan arus politik yang semakin banyak berubah. Satu kaedah perlu di cari untuk menyedarkan minda orang-orang Melayu Islam yang sebenarnya masih jauh kebelakang berbanding dengan kaum-kaum lain. Nasib pribumi Malaysia yang lain juga jangan sesekali dilupakan.
Ke Manakah Tujuan Generasi Baru Melayu?
Setiap hari kita disajikan dengan berita-berita mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat melayu dan Islam di Malaysia. Kes-kes pembuangan anak, kes-kes jenayah dan pelbagai lagi masalah sosial semakin membelenggu masyarakat Melayu Islam. Pemerhatian yang dibuat ke atas generasi baru Melayu Islam akan menakutkan minda dan hati kita. Kemanakah arah tujuan generasi baru Melayu Islam? Kenapa keruntuhan moral seakan-akan terlalu banyak menghimpit masyarakat Melayu Islam? Adakah Melayu Islam sudah lupa asal-usul mereka? Adakah mereka sudah lemah ilmu dan pegangan Islam mereka? Adakah mereka sudah kehilangan pegangan moral dan adat yang sekian lama menjadi tunjang bangsa? Adakah ini salah generasi lama?
Terlalu banyak persoalan yang perlu dirungkai. Mungkin kita perlu membuat kajian terperinci untuk menjawab segala macam persoalan yang bermain di kotak fikiran kita. Apa nasib bangsa Melayu di masa akan datang sekiranya segala macam masalah-masalah ini tidak diselesaikan? Apa nasib Islam di negara tercinta ini jika pegangan Islam sudah terlalu lemah disebabkan perpecahan di kalangan kita?...
Siapa yang perlu bertindak?
Terlalu banyak persoalan yang perlu dirungkai. Mungkin kita perlu membuat kajian terperinci untuk menjawab segala macam persoalan yang bermain di kotak fikiran kita. Apa nasib bangsa Melayu di masa akan datang sekiranya segala macam masalah-masalah ini tidak diselesaikan? Apa nasib Islam di negara tercinta ini jika pegangan Islam sudah terlalu lemah disebabkan perpecahan di kalangan kita?...
Siapa yang perlu bertindak?
Sunday, December 7, 2008
Call to unite
I would like to call all leaders whether in UMNO, PAS or Keadilan to unite in the struggle to regain control of this beloved country. It is sad to see that the malay leaders or the muslim leaders seem to keep their silence when there are so many attacks have been muscled towards the right of Malay and Islam which are occuring times and times again either in the written media or cyber media. I also wonder why a few malay leaders like to apologize to other races when they questioned about malay rights. All Malay leaders should take a stand, a firm one, when Malay rights have been questioned. Don't let differences in terms of political ideologies clouding their judgements. In time of needs, put aside the differences, stand on a common ground, unite and fight!
The future of Malay Nation depends on the Malay and moslem. These should be our common ground, Malay and Islam.
The future of Malay Nation depends on the Malay and moslem. These should be our common ground, Malay and Islam.
Subscribe to:
Posts (Atom)