Sunday, May 29, 2011

Asas Pergeseran antara Islam

Permasalahan yang di hadapi antara ummat Islam di Malaysia yang sentiasa dalam pergeseran meminta satu pengkajian mendalam untuk mencari puncanya. Sekian lama nampaknya pelbagai pihak cuba memprovokasikan puak-puak Islam di Malaysia untuk berkelahi antara satu sama lain. Seolah-olah dikalangan puak-puak Islam di Malaysia ini tiada satu titik pertemuan yang sama untuk dijadikan asas perpaduan dan kita tahu tanpa perpaduan Islam tidak mampu bertahan lama di Malaysia. Yang menghairankan kita kenapa ada golongan Islam yang boleh pula bersekutu dengan golongan bukan Islam yang jelas-jelas menentang Islam. Ini menambahkan kehairanan kita ke tahap maksima. Persoaannya mengapa?

Dalam tempoh "mendiamkan diri" yang lama disebabkan terpana dengan fenomena yang sedang berlaku di Malaysia, penulis telah membuat kajian tentang pergolakkan yang berlaku antara dunia Islam dan bukan Islam yang telahpun wujud sejak sekian lama. Dari kajian ini, penulis mendapati apa yang berlaku di Malaysia ini sebenarnya telah berlaku di zaman empayar Islam lagi. Penulis yakin apa yang berlaku di Malaysia adalah sama dengan apa yang berlaku di zaman Khalifah Uthmaniah dahulu bahkan jauh sebelum itu lagi. Istilah-istilah seperti freemasonry, kristianisasi dan orientalisme sentiasa muncul dalam pergolakkan yang berlaku di negara-negara Islam. Penulis juga mendapati apa yang sedang berlaku sekarang ini di negara-negara Arab contohnya Mesir adalah sama dengan apa yang berlaku di Turki dahulu ketika kejatuhan Kahalifah Uthmaniah. Rupa-rupanya, golongan-golongan bukan Islam tidak mampu mengalahkan kerajaan Islam dengan secara berdepan ataupun di medan peperangan semenjak peperangan Salib dahulu lagi. Jadi golongan ini telah membuat ketetapan untuk menjatuhkan kerajaan Islam dengan melatih orang-orang Islam sendiri menjadi musuh dalam selimut. Idea-idea kolonisasi negara-negara Islam disebarkan dengan meluas secara rahsia dalam gerakan freemasonry, penyesatan doktrin Islam oleh pengkajian orientalis dan proses menjauhkan orang Islam dari Allah oleh gerakan kristianisasi

No comments: